21 May 2011

Kembali

"Berulang kali telahku cuba membuka hati untuk yang lain. namun semua berakhir kerana cintaku untukmu.. "  cinta ini untukmu- BINTANG.


bagai baru terjaga dari mimpi yang panjang.
semua sudah berubahkan. perubahan apakah ini, hingga menarik seluruh nafasku.
pergi. tiada ketemu jalan kembali.
bagaikan mimpi ngeri yang berpanjangan.
untuk menerima sebuah hakikat yang sulit. memang payah, bukan.

terkadang kita fikirkan, bahwa semuanya okay sahaja.
tanpa. tanpa. tanpa.
namun, akan ada ruang kekosongan yang mengisi lompang dalam hati.



akan ada sesalan. akan ada kenangan yang mencuit hati.
akan ada hati yang merindu. mula hati enggan menerima hakikat sebenar.
sukarnya melupakan. 

sila jangan jatuh cinta, hati.
sila jangan pernah ada perasaan itu lagi.
sila jaga dan rawat apa yang perlu hingga tidak berbekas lagi.
sila lupakannya.

memang, sukar. memang tak kuat. memang tak guna.
bukan bermakna kau tak sempurna.
terlalu indah. hingga tak termampu aku miliki.


ke manaku pergi, kenangan pasti akan mengekoriku pergi.
langkah kakiku dibayangi bayanganmu.
ke mana harus aku melangkah pergi.


hati pedih melihat kau tertawa bahagia.
hati sedih melihat kau tersenyum ceria..
cemburukah aku dengan kebahagiaanmu, TANPA AKU.
 kau kata aku segalanya, kau kata takkan mampu bahagia tanpa aku.
tapi semua itu hanya dusta belaka.
kenapa.


tidak terkesankah tahun-tahun kita bersama.
susah senang, kita tetap bersama.
bukan mudah bagiku, membuka hati untukmu dahulu.
terlanjur aku mencintaimu sebegini.
akhirnya aku yang terluka. dan terluka.


kau tersalah sangka.
kau kata hatiku bukan untukmu.
haruskah kau katakan begitu padaku..

kembali. tolonglah kembali.
untuk kali pertama aku merayu padamu, jangan pernah pergi.
untuk kali ini, kembali semula padaku
kembali. kembali. kembali.
hubungi aku.
aku menanti dan menanti. 
air mata silih berganti menitis tanpa henti.


maafkanku.. aku tak pernah melupakan..
TAKKAN .






p/s : post kali ni dituju khas untuk Nazatulamrah.. aku sayang, kamu. tolonglah kuatkan hatimu.

2 comments:

  1. ;')
    hiba sekejap.
    sedihnya entry najwa hari2 sayang .

    semoga kak amrah tabah, i know she will :')

    ReplyDelete
  2. saja menimbulkan mood sedih bebanyak. bila bace entry org lain, semua serius je. takut gak. bantai jela sedih2. HAHAHA.

    ReplyDelete