08 May 2011

N A J W A


okay, gambar ni masa birthday aku yang ke-15 tahun. sekolah, hari rabu. haha. teruja punya pasal. masa tu memang pakai handphone ada kamera (terima kasih ayah, bagi handphone). nasib jumpa gambar ni. kelakarlah bila tengok balik. sebab edit terus dalam phone kan. huduh sangat**. malu pula. aku memang berangan habis nak jadi polis. bercita-cita luhurlah kononnya (sila maki). ciss. betullah. aku serius tau dulu.


NAJWA.
Ya, ini aku. seawal usia 16 tahun. tahun aktifku. maka kulitku bewarna keemasan. HAHA. kenapa.
ini aku. yang sukar untuk mempamerkan keikhlasan. sukar memberikan reaksi yang tepat.
dengan erti kata lain, sering bermuka K O S O N G .
kenapa. kerana aku taknak dah tertipu. tertipu dengan manis bicara hati.
ya. seawal usia mentah ini, aku belajar untuk tidak gentar kepada dunia. seawal usia ini.
aku melalui pelbagai suka duka kehidupan. usia ini, wajah ini.. kian pudar waktu.
ketandusan apa yang harum. kemarau panjang. sulit untuk dimengerti.

BISIKAN RAHSIA.
Badan naik macam doh donat. serius. bila berhenti je aktifkan diri, memang gebu lah pipi kan. yang penting kulit dah tak bewarna keemasan dah. Syukur sahaja. okay. masa ni, usiaku menginjak 17 tahun. haha. ingat mood jeke berubah-ubah, wajah pun berubah-ubah juga tau. kali pertama pakai shawl.
teruja gila nak pakai shawl, lepas tengok Uda pakai. Dia sangat cantik bila pakai shawl. lainla aku.
macam sakai sahaja. apapun, terima kasih Uda. sebab ajar pakai shawl.


masa ni usiaku baru 18tahun, menetap dirumah kakak ku (menumpang yaa). bekerja. penat jadi kuli. penat kena maki. tapi tak apa. janji dapat jumpa pujaan hati. dengan harapan dah dekat bolehlah jumpa.
tapi. kesimpulannya agak mengecewakan. usia ini, aku belajar berdikari seluruh hati. maknanya, without parents. without friends.YOURSELF, alone. nak survive macam mana, terpulang. kakak ku, macam suruh berdikari gila-gila. first, memang sedih. marah. bosan. maklumlah tak kenal siapa. tapi, nak hidup jangan malu. sebab itu mulutku menjadi semakin ramah dan mesra alam.


act, tak jumpa pula gambar fully wearing uniform. s*** saja. penat cari. penat bergambar dengan kawan- kawan pizza Hut . sedih. kenangan kot. yang ada ini sahaja. sedih yang amat lah..
okay, bekerja takla lama mana. dalam 5bulan lah. hidup, susah. rindu kampung halaman.
nasib mama ayah selalu juga datang melawat. selalu minta cuti kalau mama ayah nak balik. sampai masa birthday pun amek cuti 3hari, semata-mata nak balik PD. terima kasih ya manager ku..




sekarang, usia pun dah tua. penghujung belasan tahun. sedih. taknak menginjak angka 20-an. tak mahu. boleh tak nak umur sentiasa belasan je. taknak dah membesar. terasa kejap  yang amat. tahun ni tahun yang "berat" bagi aku. banyak benda yang hilang. datang dan pergi begitu sahaja. hilang kepercayaan. hilang kekuatan. hilang keluhuran.(sila tumbuk !) HAHA. okay. semua gambar ini , semasa tingkatan6. sebelah tu, gay paling lama dan paling setia pernah aku miliki. since darjah satu sampai sekarang. 



aku memang Hu***.  masih belajar. sekejap je, usia bertukar angka. penat ketawa sesorang bila tengok balik gambar lama. hidup ini, adakalanya terlalu rumit. adakalanya terlalu indah. tapi, kesakitan banyak memberikan kekuatan pada diri kita. yang pahit itu, sentiasa menjadi ubat. Insyaallah. terlalu banyak cela yang terlihat. mungkin badanku sasa, namun masih berjiwa perempuan. mungkin aku kasar orangnya. mungkin aku bengis, ganas, tak lawa. tapi hati aku cantik.  punya taman yang ada air terjun lagi. HAHA. okay2, sila lempang lelaju.. yaa..
mungkin. mungkin. mungkin.

"SAYA KENAL SAYANG SAYA ."

p/s: sangat suka lagu 150juta. FYNN  JAMAL. terbaiklah..

2 comments:

  1. fynn jamal. saya jatuh cinta dengan lagunya juga. waktu plkn dulu. auw <3

    ReplyDelete
  2. yaa ! saya suka lagu2 beliau. waduhh2.. puitis. hahaha (=

    ReplyDelete