17 March 2011

biodata DIRI


 aku tak mampu meneroka dunia untuk mencari yang TERINDAH, untuk memperlihatkan padanya.. mungkin kata ku kelu membasmi luka di hati.. tapi, kau masih di sisi dan semua jadi seakan pasti.. hampir sebulan berlalu pergi.. aku mencari yang SEMPURNA.. dan aku dapati adanya sempurna bila kita bersama.. "BUKAN BIBIRKU KELU UNTUK BERBICARA.. NAMUN HATIKU FASIH BERKATA-KATA.." 


  aku masih aku, yang pemarah, pemaki, penyibuk, pengganas, penyayang, perindu, periang, pengosip, dan aku memang pencinta, kerana "BERDOSAKAH AKU MENGINGINKAN SEJATI.."  aku masih bernama N.. masih juga melayu. bezanya kini usia pantas menukar angka.. dan bezanya juga, aku bukan selemah yang di sangka.. itu hakikat yang perlu kalian terima..


  maaf, aku masih seorang teman kepada rakan yang memerlukan, masih juga pelajar yang terkejar-kejar mengutip ilmu.. tidak LUPA, aku hamba kepada sang PENCIPTA.. takkan pernahku lupa, aku lah anak kepada pasangan A&S.. aku masih waras untuk mengenali diri ini.. bukan LUPA DARATAN.. kerana aku begitu hampir dengan LAUTAN..


 renungkanlah.. adakah aku berubah kerana sesuatu pinjaman yang NYATA.. aku mungkin pernah LUPA DIRI.. namun, masih sering menoleh ke belakang untuk menginsafi diri.. bukan untuk berpatah balik, namun sekadar muhasaba yang benar terjadi untuk menjadi pendamping hidupku nanti.. ku kira, lengkap sudah biodata diri.. harap kau bersabar dapat teman sebegini.. sekian mengundur diri..




TERIMA KASIH ^^

2 comments: