06 March 2011

maaf..

 SALAM.. SELAMAT PETANG..
MAAFKANKU..

   aku mulai sedar, aku ni amat membosankan.. mungkin sudah terbiasa dengan cara didikan sebegini.. memaksa dan terpaksa.. tanpa sedar aku telah menyakiti hati orang di sekeliling aku... malahan orang yang aku sayang.. MAAF..


 maafkan aku.. kerana aku yang sangat membosankan ini hadir dalam hidupmu.. aku hanya ingin mendorong.. memberikan dorongan.. sebab aku harap, sentiasa berharap ada orang yang akan sentiasa mendorong aku untuk buat sesuatu yang sukar dicapai olehku.. aku kehilangan punca.. dan aku bukanlah orang yang sentiasa akan bercerita dengan parents.. aku lebih suka menyimpan.. kadang-kadang akan di ceritakan kepada bff ku sahaja.. aku terbiasa.. dan tidak berniat menyakiti sesiapa.. aku terasa sangat kehilangan, teman baikku..

  kebiasaanya, aku akan luahkan semua dalam kertas.. aku guna bahasa (bunga2) puitis untuh menzahirkannya.. aku tahu, hanya segelintir sahaja yang memahaminya.. tak kisahlah orang panggil aku jiwang ke apa.. aku malu.. sangat malu untuk menceritakan perkara sebenarnya.. dan aku tidak sangka, aku sebenarnya pemalu.. thats why, orang yang tak rapat dengan aku cakap aku ni sombong.. sebab aku akan diam dan dengar.. aku belajar berdikari.. dan sangat susah.. akhirnya, dapat ubah perangai aku yang suka bergantung kat orang.. bunyi macam kelakar, tapi serius. dan sangat serius untuk mengupdate blog.. mama ayah, wa minta maaf.. andai kadang-kadang wa buat tak tahu, wa hanya mendiamkan diri kat rumah.. wa tension.. wa tak mahu lukakan hati mama ayah.. tension sampai tak boleh nak makan rasa nak tidur..nak tidur..dan nak hilang.... mama, terima kasih kerana semakin memahamiku..

 aku cuba push diri aku untuk belajar gila-gila tahun ini.. sebab aku antara orang yang kena push diri sendiri.. tapi.. aku tak larat.. rasa nak je mati.. tapi fikir, dosa pun dah berbukit, or maybe dah bergunung-ganang.. takut mati.. tak bersedia.. (padan muka).. bukan orang tak boleh bahagiakan aku, tapi aku sendiri yang tak mampu bahagiakan diri sendiri.. aku nak buat apa lagi.. aku keliru.. sorang-sorang pergi dari sisi aku.. tinggal aku terkontang-kanting.. maaf, kepada sahabat andai.. keluarga, dan dia.. kerana aku yang bukan aku.. yang tak waras.. yang buat benda sesuka hati.. yang mula nak gila, maafkan ku..


 p/s: aku sangat-sangat minta maaf.. aku takut, sangat takut tak sempat.. MAAF..
  

4 comments: